Friday, March 25, 2011

HUKUM MEMBERI SALAM KEPADA AJNABI

assalamualaikum semua..


Tujuan aku buat entri ini adalah sebab baru sahaja sekejap tadi aku ditegur oleh sahabat2 ku bahawa tidak boleh memberi salam kepada ajnabi (perempuan bukan muhrim)..so aku pown agak terkejut dengan statement tu..asal tak boleh pulak?bukannya aku ada niat lain pown..memang niat aku semata-mata ikhlas kerana nak bagi salam..


Kesnya begini..aku nak bagi balik kertas survey yang diagihkan oleh budak perempuan from my batch..so aku bagi salam kepada dia since dia membelakangkan aku...and niat aku memang memberi salam..and masa tu dia dengan other group of girls la...ok finee..you got me..aku memang ada crush sket je la dekat hamba Allah ni..tapi bukannya aku nak takel dia ke apa..



aku juz suka tengok dia sebab kalau boleh aku teringin nak ada isteri macam dia..long story short dia menepati ciri-ciri perempuan idaman aku la..tapi of korse aku takkan takel dia sebab i don't think that i deserve her..she deserves better..aku bukannya lelaki baik pown..and aku hanya dambakan Jodoh Daripada Allah...


Eh..lari topik la pulak..HAHA!so, after ditegur oleh membe aku..(thanks guys..) aku terus search kat google apa hukum sebenar beri salam kat ajnabi..then jumpa...hehe..


Ucapan salam sesama Islam adalah dituntut dan merupakan satu daripada perkara yang boleh mengeratkan silatulrahim sesama orang Islam. Oleh itu tidak menjadi apa-apa halangan perempuan memberi salam kepada lelaki asing (ajnabi ) atau sebaliknya selama ianya tidak mendatangkan fitnah dan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan bertujuan lain di sebaliknya. Walau bagaimana pun sebaik-baiknya menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan salah faham atau syak wasangka daripada mana-mana pihak. (sumber : JAKIM Negeri Terengganu)




  1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
  2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
  3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
  4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
  5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
  6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
  7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.(sumber : almalakawi.wordpress.com)
so kira takpe la kan aku beri salam kepada hamba Allah tersebut sebab dia duduk lam group of girls and aku tak rasa akan timbul fitnah pown antara aku ngan dia...sape lak nak fitnah aku ngan dia??so pakat2 la naaa beri salam sesama muslim...opps!!before aku terlupa..kalau masuk rumah yang takde orang janganlah beri salam, "Assalamuailakum"...beri salam, " Assalamualaina ibadillahi sollihin"...lebih afdal...any info yang salah don't hesitate to comment ok..

p/s : where are you my future wife??jangan la maen nyorok2 lak..huhu

6 comments:

Ubey said...

tp asl die je ko kasi salam? pompuan2 lain ko x kasi. haha. mmg timbul fitnah la.

ank said...

new info..;O

addy azmar said...

ubey : aku bg kat dy sbb nk bg kertas tu kat dy..tp membe2 dy pown jwb gak lu before dy...membe dy semua ngadap aku..dy je membelakangkan aku...so xde la fitnah..

addy azmar said...

ank : glad to hear..;p

hamba humble said...

smua neyh based on niat ja..insyaallah..

addy azmar said...

hamba humble : yup2..klu niat semata2 nk tegur takpela kan...klu nk ngorat takyah la..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...